fbpx

Tiada pelan kecemasan sekiranya asteroid hentam Bumi – NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebarangkalian bagi sebuah asteroid untuk menghentam Bumi adalah sekitar satu dalam 1,000 tahun. – Getty

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai sebarang pelan mengenai cara-cara mengendalikan ancaman asteroid yang boleh membahayakan kehidupan di Bumi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Meskipun NASA menjelaskan bahawa kebarangkalian bagi sebuah asteroid untuk menghentam Bumi adalah sekitar satu dalam 1,000 tahun, pakar mendakwa bahawa tiada agensi AS yang sebenarnya bertanggungjawab mengendalikan krisis tersebut sekiranya berlaku.

“Tiada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan krisis itu.

“Kongres ada menggariskan undang-undang yang ditetapkan oleh White House mengenai siapa yang bertanggungjawab, namun permintaan itu telah ditolak,” kata pakar strategi Angkatan Udara Angkasa Lepas, Peter Garretson.

Sementara itu, seorang lagi pakar, Danica Remy berkata, terdapat tiga juta asteroid di angkasa lepas dan tiada sebarang klu memberitahu dengan jelas mengenai lokasi ia berada.

“Penyelidikan semasa sukar membuat pemetaan mengenai apa yang ada di luar sana (angkasa lepas),” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI