KUALA LUMPUR – Kementerian Luar tidak akan menghalang dua pegawai lantikannya iaitu Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof daripada menghadiri aktiviti politik.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, kedua-dua mereka adalah pegawai yang dilantik, maka terserah kepada mereka sekiranya ingin menghadiri aktiviti politik.
“Mereka ini petugas yang dilantik. Saya ada dua pegawai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ini memang pegawai PTD dan saya haramkan mereka terbabit dalam kegiatan politik.
“Jadi terserah kepada mereka ((Ahmad Idham dan Eizlan) sekiranya ingin menghadiri aktiviti politik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Idham merupakan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar, manakala Eizlan merupakan Perunding Kreatif di kementerian itu.
Beliau menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung penglibatan Ahmad Idham dan Eizlan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini. – K! ONLINE