fbpx

Sampah bersepah, banjir Ampang disamakan filem Aquaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar longgokkan sampah yang perlu dibersihkan selepas kejadian banjir di Ampang.

PETALING JAYA- Kejadian banjir kilat yang berlaku di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan Ampang semalam disamakan netizen dengan jalan cerita daripada filem Aquaman.

Persamaan itu dinyatakan seorang pengguna media sosial dikenali WangsaMajuNetizen apabila memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan longgakan sampah di beberapa kawasan selepas banjir surut.

Menerusi gambar dikongsikan itu, kelihatan juga beberapa petugas kebersihan sedang membersihkan sampah berkenaan yang turut tersekat di dalam parit dan tepi sungai.

“Bila tengok sampah-sampah yang tertinggal bila banjir surut dekat Ampang, teringat cerita Aquaman, semuanya punca kita juga,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju dengan persamaan itu dengan ramai daripada mereka menyifatkan kejadian banjir di Ampang sebagai satu amaran daripada alam.

“Sungai tolak apa yang kita buang, jadi faham-faham la,” jelas Firdaus Isa.

“Balasan kerana tidak menjaga bumi ini,” ujar Afiq Azmi.

“Dipulangkan semula, tapi kita yang jadi mangsa, orang lain buang, orang lain bersihkan, jahatnya,” tambah Ellyn Ramlee.

Sementara itu, seramai 258 mangsa banjir di Lembah Permai Bukit Belacan, Ampang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10.20 semalam.

Menurut jurucakap Unit Teknikal & Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai, sebanyak 64 buah rumah terkesan ekoran banjir kilat yang berlaku sekitar petang semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI