fbpx

Remaja lelaki antara 369 ditahan dalam Ops Sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN individu yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Perak.-IHSAN PDRM

IPOH –  Remaja lelaki berusia 13 tahun antara 369 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah selepas 11 sarang penagihan digempur dalam Ops Sarang Khas Bersepadu sejak kelmarin.

Operasi bermula pukul 12.01 pagi, Ahad lalu dan berakhir pukul 2 petang tadi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas dadah jenis heroin seberat 649.22 gram (g), syabu (81.51g), ganja (51.32g), ekstasi (3.33g), lapan biji pil erimin, tiga liter air ketum dan sembilan kilogram daun ketum.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM33,809.70.

“Sebanyak 11 sarang penagihan dadah telah diserbu dan menerusi serbuan itu, seramai 369 individu berusia antara 13 hingga 60 tahun ditangkap.

“Tangkapan itu juga melibatkan 30 warga asing yang disyaki penagih dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI