fbpx

Projek pembinaan lebuh raya punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai di sini hari ini.

AMPANG – Pembinaan sebuah lebuh raya dipercayai menjadi punca utama berlakunya banjir berlumpur di sekitar daerah Hulu Langat malam semalam.

Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, hujan lebat berterusan selama lima jam menyebabkan berlakunya banjir berlumpur kerana sisa-sisa pembangunan yang dikhuatiri tersangkut pada sungai-sungai dan saluran.

“Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak lebuh raya supaya perkara ini tidak berulang lagi. Selain itu, kerja pembaikan perlu dipercepatkan bagi memastikan keseluruhan pembangunan lebuh raya itu tidak terjejas dengan kejadian banjir ini.

“Dalam perkara itu juga, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut bertanggungjawab memastikan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera dan menyemak sama ada berlaku kecuaian daripada pihak lebuh raya dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan MPAJ, Lembah Permai di sini hari ini.

Menurut Zuraida, hujan lebat yang turun selama lima jam juga membawa 140 milimeter (mm) air di Sungai Ampang dan menyebabkan ia melimpah keluar.

“Sungai Ampang hanya mampu menampung sebanyak 60 mm, jadi meningkat dua kali ganda dan mengakibatkan ia melimpah keluar dan lumpur-lumpur pembinaan yang tersangkut di dalam sungai dan longkang membuatkan air cetek dan cepat berlaku banjir.

“Saya juga amat berharap kerja pembersihan akan dibantu oleh pasukan-pasukan seperti Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya penduduk boleh cepat kembali ke rumah mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI