fbpx

Pochettino tunggu tawaran United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO dilaporkan tidak gembira bersama PSG dan sedia membuat pertimbangan untuk kembali ke England. – AFP

LONDON – Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dilaporkan bersedia untuk menerima tawaran daripada Manchester United bagi mengendalikan pasukan itu selepas Ole Gunnar Solskjaer melepaskan jawatannya kelmarin.

Laporan juga menyebut, Pochettino tidak begitu gembira berada di Paris ketika seluruh ahli keluarganya di London selain dikatakan kecewa dengan suasana di bilik persalinan PSG yang dipenuhi pemain-pemain ego seperti Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe.

Pochettino dikaitkan dengan United sejak beberapa tahun lalu ketika Jose Mourinho dipecat sebelum digantikan oleh Solskjaer dan sehingga kini beliau masih meminati tugas bersama kelab gergasi England itu.

Bagaimanapun, setakat ini United difahamkan masih belum menghubungi Pochettino untuk membincangkan me­ngenai potensi tawaran biarpun PSG akan berada di Manchester esok untuk menghadapi Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara.

Peluang jurulatih berusia 49 tahun dari Argentina itu dianggap cerah apabila bekas pengurus paling berpengaruh di Old Trafford, Alex Ferguson dikatakan turut menyokong pemilihannya untuk menjadi pe­ngurus baharu United.

Selain itu, bekas pemain pertahanan United, Gary Ne­ville turut bersependapat de­ngan bekas ‘bosnya’ itu apabila mengakui Pochettino adalah individu paling sesuai untuk memulihkan pasukan itu yang berdepan krisis prestasi ketika ini.

“Beliau adalah individu yang saya sentiasa fikir sesuai untuk United. Prinsipnya, gaya bola sepaknya, cara beliau bertindak dan sikap yang ditunjukkan membuatkan beliau layak untuk berada di Old Trafford.

“Beliau bukanlah seorang pengurus yang benar-benar berjaya dan belum membuktikan apa-apa setakat ini tetapi karakternya sangat diperlukan United untuk kembali meningkat,” kata Neville. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI