fbpx

Peniaga gembira, duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM500 mula melahirkan rasa syukur selepas wang itu mula diterima mereka hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di beberapa aplikasi media sosial, rata-rata penerima mengucapkan syukur dengan bantuan itu selapas menerimanya pada tarikh yang dijanjikan kerajaan.

“Alhamdulillah, saya Maybank Sungai Petani sudah masuk, suami Bank Simpanan Nasional (BSN) juga sudah masuk, rezeki untuk tambah barang perniagaan,” ucap Noraniza Dikja.

“Ya, sudah masuk Maybank kawasan Seremban,” jelas Hierda Nazir.

“Alhamdulillah Maybank Sabah sudah masuk,” kata Keyshaa Ho.

Tangkap layar status penerima selepas menerima bantuan tersebut.

Bagaimanapun, ada sesetengah penerima masih belum menerima wang itu apabila mereka membuat hantaran di media sosial dengan menanyakan sama ada wang berkenaan sudah dikreditkan ataupun sebaliknya.

“Mana duit saya, tidak masuk ini, mahu buat beli makan,” soal Rifaie Tan Roslan Tan.

“Kelantan belum (GKP),” jelas Syukrie Fadzil.

“Besut Terengganu belum (GKP),” kata Nas Lucky Strike.

Baru-baru ini,Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan wang berkenaan dijangka dibuat hari ini dengan memanfaatkan lebih sejuta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.

“Bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September 2021.

“Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI