fbpx

Pelaburan untuk perkasa kemahiran kognitif wajar diperbanyakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd Zabri (dua kiri) menyampaikan surat tawaran kepada pelajar sebagai simbolik penerimaan pelajar program profesional UniMAP dan dana skim pinjaman TVET (Pekerja) PTPK di Hotel Everly di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Pelaburan tinggi dalam memperkasakan kemahiran kognitif yang bersifat bukan rutin sewajarnya diperbanyakkan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Beliau berkata, hal ini kerana ia diyakini akan turut membawa pulangan tinggi dalam jangka masa panjang kepada negara.

“Kebanyakan majikan sekarang meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

“Justeru, elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja termasuk juga kemahiran lain seperti sosioemosi, kemahiran berfikir secara kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI