fbpx

Minyak masak peket ‘bongkar’ rahsia kedai besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan penimbang yang digunakan oleh sebuah premis besi buruk telah diubah suai.

PETALING JAYA – Mudahnya dia kaut untung, mesti ramai yang sudah tertipu dengan premis ini.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila menonton sebuah klip video di aplikasi TikTok yang memaparkan taktik licik sebuah kedai besi buruk menggunakan mesin timbang yang telah diubah suai untuk mengaut keuntungan.

Menerusi rakaman tersebut, seorang pelanggan telah membongkarkan penipuan terbabit dengan membawa empat minyak masak peket.

Penipuan premis itu terbongkar apabila empat peket minyak masak yang sepatutnya berat empat kilogram (kg) turun kepada tiga kg apabila diletakkan di atas penimbang milik premis tersebut.

Kosmo! difahamkan, premis tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam perbuatan pemilik premis yang menggunakan alat timbang yang telah diubah suai untuk menipu.

“Mesti dah banyak pelanggan yang kena tipu, pihak berkuasa perlu pantau perkara ini, rasanya banyak lagi premis seperti ini yang suka menipu,” tulis Johan Batu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ishak Hamid.

“Mudah betul tipu pelanggan, berapa banyak untung dah dia dapat, elok pihak berkuasa sita je premis seperti ini, lesen entah ada ke tidak tu,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI