fbpx

Lelaki kurang siuman cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya memujuk lelaki yang cuba membunuh diri di jejantas Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota bomba berjaya mematahkan cubaan membunuh diri membabitkan seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Selangor (PGO) dalam kenyataan berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dipercayai mengalami tekanan perasaan dan cuba membunuh diri dengan bergayut di atas besi papan tanda sebuah jejantas.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 petang sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Lelaki tersebut didapati kurang siuman akibat tekanan perasaan dan telah cuba membunuh diri dengan bergayut di atas jejantas berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, anggota bertugas mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk dan membawa turun lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI