PUTRAJAYA – Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya menyenaraikan lapan buah klinik swasta yang menawarkan vaksin dos penggalak khusus bagi warga Putrajaya, bermula semalam.
Klinik swasta berkenaan termasuk Poliklinik Cahaya Presint 8, Poliklinik Kesihatan UKM Presint 15, Klinik Siti Presint 11, Klinik Mediviron Dr Halim Presint 15, 11, Klinik Mediviron Dr Halim Presint 9, 11, Klinik Mediviron Presint 1, Calla Clinic dan Klinik Dr. Lo.
Menurutnya, warga Putrajaya boleh memohon secara langsung dengan klinik yang berkenaan bagi pendaftaran dos penggalak itu dan nama akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dan akan dipanggil jika terdapat kekosongan.
“Pemberian dos penggalak ini diberikan selepas enam bulan melengkapkan dos kedua vaksin Pfizer atau tiga bulan bagi vaksin Sinovac,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – K! ONLINE