fbpx

Keputusan rayuan sabitan kes SRC Najib 8 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember ini bagi keputusan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Dalam kenyataan media hari ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) memaklumkan keputusan itu akan disampaikan pukul 9 pagi.

Sebelum ini prosiding rayuan tersebut telah didengar selama 15 hari dan berakhir pada 18 Mei lalu yang selesai didengar di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada 30 Julai tahun lalu, Najib selaku perayu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan RM42 juta dana SRC.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 19 Oktober tahun lalu, Najib mengemukakan 307 alasan bagi menyokong rayuan bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mendapatinya bersalah dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Dua hari sebelum itu, ahli Parlimen Pekan tersebut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun dalam kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI