fbpx

Jangkaan peminat resahkan Jinyoung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINYOUNG

DALAM temu bual bersama majalah Singles baru-baru ini, artis idola yang kini semakin galak mengukuhkan populariti dalam bidang lakonan, Jinyoung berbicara tentang kemunculannya dalam drama Yumi’s Cells.

Penampilan pelakon dan penyanyi itu menyita perhatian khalayak kerana wataknya, Yoo Babi muncul pada penghujung jalan cerita.

Drama yang dibintangi Kim Go-eun dan Ahn Bo-hyun tersebut berakhir pada bulan lalu, namun akan mula menemui penonton untuk musim kedua tidak lama lagi yang menyaksikan watak Jinyoung dikembangkan.

“Saya menyertai drama tersebut agak lewat, ketika penggambaran hampir siap. Saya sebenarnya sangat risau kalau tidak mampu menyempurnakan watak Yoo Babi dengan baik.

“Ada juga kerisauan sekiranya saya tidak dapat puaskan hati peminat yang mengikuti cerita tersebut daripada ‘webtoon’ asal. Tapi saya terlibat dalam drama itu dengan satu gol iaitu untuk mendengar orang berkata bahawa saya telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Justeru, penyanyi kumpulan GOT7 itu mengakui, dia sangat berhati-hati dan teliti dalam menyampaikan watak Yoo Babi memandangkan lelaki itu seorang staf di bahagian pemasaran.

“Untuk menjadikan wataknya sebagai pengurus pemasaran nampak benar, saya ubah nada suara dan beri lebih perhatian terhadap gerak tubuh seperti kerap melihat jam tangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI