fbpx

Ibu-bapa bakar anak kerana punyai pilihan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Claude menolak pilihan ibu bapanya dan memperkenalkan Yvonne kepada mereka. – Newsflash

KIGALI, RWANDA – Seorang lelaki dari Rwanda mendakwa dibakar oleh ibu bapanya sendiri selepas dia mengahwini kekasihnya tanpa mendapat restu mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mugabarigira Jean Claude, yang mendedahkan insiden itu kepada saluran televisyen online, Afrimax TV berkata, dia kini menderita dengan kesan kecederaan akibat kebakaran meskipun kejadian itu telah lama berlaku.

Menurut Claude, kedua-dua ibu bapanya merancang untuk menjodohkannya dengan seorang wanita yang tidak pernah ditemuinya.

Dia bagaimanapun menolak pilihan mereka dan memperkenalkan kekasihnya yang kini isterinya, Yvonne.

Tambah Claude, suatu hari ibu bapanya mengunjungi rumahnya dan meletakkan pil tidur di dalam minuman lelaki itu sebelum disimbah dengan minyak petrol dan dibakar.

Dia bagaimanapun terselamat dengan bantuan jirannya sebelum terlantar di hospital dalam keadaan koma selama 22 hari.

Kesan daripada kebakaran tersebut, Claude melecur teruk di seluruh badannya.

Sementara itu, Yvonne berkata, dia akan tetap berada di samping Claude dan menyokong lelaki itu dalam keadaan apa sahaja. 

Mereka turut merancang untuk berpindah rumah bagi mengelakkan serangan selanjutnya.

Bagaimanapun, mereka tidak menyebut sama ada pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan tersebut atau ibu bapa Claude telah didakwa. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI