fbpx

Harga hidangan udang galah Rompin terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa PPDNHEP Rompin di ketuai Mohd. Azizi Kamsari (kanan) melakukan pemantauan sebuah kedai makan yang menjual hidangan udang galah di Leban Chondong dekat Rompin semalam.

ROMPIN – Meskipun restoran yang menyediakan sajian udang galah di daerah ini mula ‘diserbu’ pelanggan namun harga sajian istimewa udang galah berkenaan masih terkawal dan tidak dijual dengan harga luar biasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Normaswari Nordin berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati harga udang galah yang siap dimasak masih terkawal dan dijual dengan harga berpatutan.

“Berdasarkan pemantauan kita mendapati udang galah yang siap dimasak dijual dengan harga yang berpatutan dan peniaga juga mempamerkan harga yang jelas.

“Setakat ini kita juga tidak menerima apa-apa aduan daripada pengguna dan kita terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pemeriksaan dan pemantauan dalam Ops Menu mula dilaksanakan di sekitar daerah ini pada 6 November lalu bagi memastikan harga jualan udang galah di restoran adalah terkawal.

Katanya pemantauan yang diketuai Penguatkuatkuasa Pejabat PDNHEP Rompin, Mohd Azizi Kamsari telah memeriksa sebanyak 28 premis yang menjual hidangan udang galah di daerah ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI