fbpx

GET inisiatif baharu bekalan elektrik TBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (empat daripada kanan) ketika melancarkan GET di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR-Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melancarkan Green Electricity Tariff (GET) sebagai satu inisiatif strategik dalam menawarkan bekalan elektrik daripada tenaga boleh baharu (TBB) bagi mengurangkan pengunaan jejak karbon.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengguna yang melanggan GET akan dibekalkan dengan dengan bekalan elektrik daripada sumber TBB yang dijana daripada loji jana kuasa solar dan hidro.

“GET menawarkan sejumlah 4,500 GigaWatt jam tenaga elektrik daripada sumber TBB selama setahun dan ia bersamaan dengan kapasiti bekalan elektrik yang boleh dibekalkan kepada 600,000 rumah untuk tempoh sebulan di semenanjung bagi tempoh 2022-2024.

“Mereka juga akan mendapat sijil mengesahkan bahawa bekalan elektrik itu adalah daripada sumber TBB melalui sijil Malaysia Renewable Energy Certificates atau mREC yang berdaftar dengan badan sijil antarabangsa,” katanya ketika melancarkan GET di sini tadi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Azian Osman.

Katanya, pelanggan GET akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 3.7 sen bagi setiap kiloWatt jam TBB yang dibeli melalui program tersebut.

“Hasil kutipan daripada jualan GET akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan agenda dan inisiatif pembangunan TBB negara.

“Selain memberi pilihan kepada pengguna domestik, GET juga dijangka dapat membantu entiti perniagaan, pelabur dan organisasi yang beroperasi di Malaysia melalui penggunaan sumber TBB,’ jelasnya.

Tambahnya, penawaran GET juga merupakan sebahagian daripada sasaran ditetapkan kementerian di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pertama yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI