fbpx

Donald Trump ada tali pinggang hitam taekwondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump dianugerahkan tali pinggang hitam taekwondo oleh Presiden Ibu Pejabat Taekwondo Dunia Korea Selatan di Florida. - Facebook

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat seni mempertahankan diri taekwondo oleh Presiden Ibu Pejabat Taekwondo Dunia Korea Selatan, Lee Dong-seop, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dong-seop yang merupakan Presiden ibu pejabat itu yang juga dikenali sebagai Kukkiwon, melawat Trump pada Jumaat lalu di resort Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida untuk memberikan anugerah tersebut.

Trump menerima tali pinggang hitam yang merupakan tali pinggang tertinggi bagi seni mempertahankan diri itu.

“Saya berbesar hati menerima sijil kehormat ini. Taekwondo merupakan seni mempertahankan diri yang bagus untuk melindungi diri,” kata Trump.

Trump bukan satu-satunya bekas Presiden yang menerima tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Presiden Rusia, Vladimir Putin juga diberikan dan dijadikan grandmaster taekwondo ketika lawatan beliau ke Korea Selatan pada 2013. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI