fbpx

Chelsea lega Jorginho mampu diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JORGINHO (kiri) dikeluarkan pada aksi menentang Leicester akibat kecederaan hamstring, namun disahkan cergas untuk aksi bertemu Juventus awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mampu menarik nafas lega selepas pemain te­ngah, Jorginho disahkan cergas menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus di Stamford Bridge awal pagi esok.

The Blues berada pada pres­tasi terbaik ketika ini selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di ­Stadium King Power Sabtu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Jorginho terpaksa dikeluarkan pada minit ke-77 selepas dia terbaring di atas padang kerana mengalami kecederaan hamstring, namun tidak serius.

“Saya tidak fikir dia (Jorginho) mengalami kecederaan serius, dia cuma merasa kejang pada pahanya. Oleh itu, tidak ada masalah untuk saya turunkan dia ketika bertemu Juventus nanti,” kata Tuchel.

Pada masa sama, penyerang sensasi The Blues, Romelu Lukaku juga dilaporkan sudah berada dalam keadaan cergas dan boleh diturunkan untuk menge­tuai jentera serangan pasukan pada perlawanan itu nanti.

Chelsea amat memerlukan khid­mat pemain Belgium itu dalam usaha merobek pintu gol skuad The Old Lady, sekali gus berpeluang memintas kedudukan pasukan Serie A itu sebagai pendahulu Kumpulan H.

“Dia (Lukaku) semakin hampir untuk cergas sepenuhnya dan saya harap kami boleh menggunakan khidmatnya nanti. Saya tahu dia berusaha keras untuk kembali cergas bagi membantu rakan sepasukan,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI