fbpx

Bomba Selangor bantu operasi cari mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan gerakan mencari warga emas dipercayai lemas di muara laut Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Operasi mencari warga emas yang dikhuatiri lemas di Jalan Tepi Sungai, Hutang Melintang dekat sini sejak Jumaat lalu diteruskan pagi ini.

Pencarian disambung bermula 8 pagi tadi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutang Melintang, BBP Teluk Intan Kampar serta bantuan BBP Sabar Bernam dan BBP Sungai Besar, Selangor.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri (JBPM) Perak memberitahu, operasi diperluas sehingga ke muara laut Bagan Datuk.

Menurut jurucakap itu, identiti mangsa dikenali sebagai Ramasamy Muthusamy, 63 tahun.

“Kerja pencarian melibatkan enam buah bot meliputi empat milik bomba manakala sebuah masing-masing daripada Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia.

“Operasi turut dibantu pegawai dan anggota dari JBPM negeri Selangor diketuai Ketua BBP Sabak Bernam berikutan kawasan pencarian diperluaskan,” ujar jurucakap tersebut.

Keseluruhannya operasi melibatkan 29 anggota pelbagai agensi termasuk polis yang dilakukan secara penggiliran.

Kata jurucakap itu lagi, usaha pencarian diperluaskan jarak meliputi Sungai Hutang Melintang dan Sungai Sabak Bernam sehingga ke muara laut Bagan Datuk mengikut pembahagian zon masing-masing dengan bantuan dua bot dari JBPM negeri Selangor.

“Teknik mencari di permukaan diperluaskan ke kawasan pesisir tebing sedia ada dengan pelbagai tumbuhan dan pokok terutama hutan paya bakau di kedua-dua belah sepanjang sungai,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI