fbpx

Bomba kaji tubuh Mocsar di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok akibat kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands semalam.

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia mengkaji keperluan penubuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) di kawasan berisiko di Cameron Highlands.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan tersebut akan berperanan mengambil tindakan pantas jika berlaku kecemasan di kawasan tanah tinggi itu khususnya bagi golongan pendaki.

Katanya, pasukan yang dilantik sebagai anggota bomba bantuan itu akan diberi latihan, peralatan menyelamat dan peralatan perlindungan diri (PPE) serta dibayar elaun.

“Di Cameron Highlands sendiri, memang ada balai bomba tetapi kita juga melihat kepada kawasan yang memerlukan. Dari segi masa tindak balas, kawasan itu tidak sukar untuk kita beri respon (ke lokasi insiden).

“Yang kita (Mocsar) akan pergi adalah kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan orang tempatan untuk membantu kita dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, kita akan kaji keperluan Mocsar di Cameron Highlands seperti mana di Gunung Stong di Kelantan dan Kuala Tahan, Pahang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI