fbpx

Bayern tenang tanpa tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GNABRY (kiri) menjadi salah seorang pemain yang terpaksa dikuarantin ekoran menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. – AFP

BERLIN – Meskipun hilang empat pemain, namun Bayern Munich dijangka tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Olympiyskiy awal pagi esok.

Gergasi Jerman itu terpaksa menyaksikan empat pemainnya iaitu Serge Gnabry, Jamal Mu­siala, Eric-Maxim Choupo-Moting dan Michael Cuisance terlepas untuk beraksi pada perlawanan itu kerana perlu menjalani kua­rantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Keempat-empat pemain itu perlu melakukan proses isolasi berikutan perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan.

“Mereka merupakan kontak rapat dengan seseorang yang di­sahkan positif Covid-19,” menurut kenyataan rasmi Bayern.

Kes Covid-19 mula merebak dalam skuad Bayern sejak ke­belakangan ini menyaksikan dua pemain pertahanan, Niklas Suele dan Josip Stanisic dan seorang staf pasukan diarahkan menjalani kuarantin.

Ia tidak terhenti di situ apabila pemain tengah, Joshua Kimmich pula menjalani kuarantin dan terlepas beberapa perlawanan termasuk ketika Bayern tewas 1-2 kepada Augsburg pada aksi Bundesliga, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann tidak terlalu bimbang dengan situasi itu kerana beliau masih mempunyai barisan pemain simpanan yang memiliki kemam­puan selain lebih cenderung untuk melihat pe­ningkatan ditunjukkan barisan pertahanannya.

“Saya sentiasa berdiri di belakang pasukan saya. Namun, kami perlu berusaha dan perbaiki kelemahan supaya kami tidak melepaskan gol-gol mudah seperti terjadi ketika menentang Augsburg,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI