fbpx

Bayaran balik pinjaman PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diskaun bayaran balik yang dibentangkan dalam Bajet 2022 menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membentuk jaminan masa depan generasi muda. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Inisiatif peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka disifatkan sebagai langkah terbaik membentuk jaminan masa depan bagi generasi baharu.

Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr. Syed Agil Alsagoff berpendapat, bayaran balik pinjaman membolehkan dana PTPTN kekal mencukupi seterusnya manfaatnya dapat dirasai generasi baharu.

“Bayaran balik merupakan kaedah terbaik bagaimana peminjam boleh membantu PTPTN sebagai agensi menyediakan pinjaman untuk terus menjalankan fungsinya, jika peminjam gagal (bayaran balik), ia akan memberi kesan kepada pelajar baharu,” katanya.

Menurutnya, bayaran balik pinjaman itu juga penting kerana ia adalah antara medium yang dapat membangunkan sistem pendidikan nasional melalui pelbagai faedah yang ditawarkan kepada peminjam baharu.

Sebelum ini, menerusi pembentangan Bajet 2022, peminjam ditawarkan diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 15 peratus bagi tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Selain itu, diskaun 15 peratus ditawarkan atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, manakala diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran serta diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Susulan itu, penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI