fbpx

Aifa mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aifa meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Malaysia selepas menewaskan pemain Mesir, Mayar Hany.

PETALING JAYA – Pemain remaja wanita negara, Aifa Azman meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia apabila menampilkan aksi memukau di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Pada perlawanan pusingan pertama itu, Aifa mempamerkan aksi luar biasa apabila menyingkirkan pemain No.47 dunia dari Mesir, Mayar Hany menerusi keputusan straight set 11-8, 11-3, 11-5.

Dia yang menghuni ranking ke-69 dunia langsung tidak memberikan peluang kepada Mayar apabila menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut, sekali gus mencatat kemenangan ke-12 pada saingan musim ini.

Biarpun mencatat kemenangan mudah ke atas Mayar, namun pemain kelahiran Kedah itu mengakui, dia agak gementar pada awal perlawanan kerana bertemu pemain yang berada pada ranking lebih tinggi.

“Secara jujur, saya rasa sedikit gementar pada set pertama kerana dia menghuni ranking lebih tinggi. Bagaimanapun, saya berjaya dapatkan rentak permainan sebelum menang dengan keputusan 3-0.

“Sudah tentu saya sangat gembira untuk beraksi dalam kejohanan besar seperti ini. Apabila beraksi dalam kejohanan besar, saya sentiasa letak sasaran untuk lakar kejutan dan berjaya lakukannya hari ini,” katanya.

Menjelang aksi pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung esok, pemain berusia 19 tahun itu berdepan laluan sukar apabila akan bertemu pilihan ketiga dari Mesir, Yathreb Adel dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI