fbpx

5 pelajar tahfiz pukul junior ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis menahan lima pelajar senior sebuah sekolah tahfiz kerana membuli dua pelajar sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah madrasah di Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kesemua suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada bapa saudara kedua-dua mangsa pada pukul 6.19 pagi.

“Kelima-lima suspek berusia lingkungan 14 hingga 24 tahun merupakan pelajar senior di madrasah tahfiz berkenaan.

“Suspek bertindak memukul dan membuli kedua-dua mangsa berusia 11 dan 12 tahun yang juga pelajar tahun kedua di sekolah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan fizikal di muka dan badan dipercayai akibat ditampar, ditumbuk dan ditendang lima pelajar senior itu.

Jelasnya, aktiviti buli itu dipercayai telah berlanjutan selama beberapa bulan dimana kedua-dua mangsa telah di’raging’dan diugut jika cuba memberitahu pihak madrasah.

“Kedua-dua mangsa kemudian telah dirujuk ke hospital dan doktor telah mengesahkan salah seorang mangsa mengalami kecederaan pendarahan di mata kiri dan seorang lagi perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

“Susulan maklumat itu, polis bertindak menahan lima suspek itu pada hari yang sama dan mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 147 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI