fbpx

Bajet 2022 bukti kesungguhan kerajaan bela rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI beramah mesra dengan penduduk ketika lawatannya ke Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dinafikan bertitiktolak daripada keyakinan rakyat terhadap Bajet 2022 Keluarga Malaysia yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, bulan lalu.

Seorang pengundi, Abdul Razak Abu Bakar, 59, berkata, pembentangan itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memastikan kebajikan
rakyat terjaga, khususnya ketika menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“BN menang kerana rakyat rindukan kebajikan-kebajikan diberikan parti itu sebelum ini dan memang pembentangan Bajet 2022 tempoh hari turut diambil kira.

“Salah seorang anak saya yang masih bujang juga mendapat faedah diperuntukkan sebanyak RM350,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, menerusi pembentangan itu, rakyat boleh menilai kesungguhan kerajaan untuk membela nasib mereka yang dalam kesusahan termasuk pemberian tunai mencecah RM2,000 kepada isi rumah bawah RM2,500.

Sementara itu, Fazelina Mat Lui, 49, yang menetap di Ayer Molek berkata, dia sangat menghargai
bantuan dihulurkan kerajaan terutama dalam membantu golongan ibu bapa yang bergelut
dengan masalah kewangan.

“Kerajaan sediakan bantuan untuk anak-anak bersekolah sebanyak RM150 dan itu sudah cukup melegakan golongan ibu bapa pada waktu mencabar ini.

“Jadi, sudah pasti perkara-perkara baik seperti ini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan kami untuk mengundidan memilih kerajaan negeri baharu yang lebih prihatin,” kata ibu tiga anak itu.

Seorang noja masjid yang ingin dikenali sebagai Hakim, 37, berkata, dia menyambut baik pemberian bantuan RM500 yang dibentangkan bagi semua ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan kariah.

“Bantuan ini adalah usaha murni untuk memastikan semua AJK masjid serta kariah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik kepada masyarakat.

“Sudah semestinya, keprihatinan ditunjukkan kerajaan itu diambil kira, apatah lagi ia membabitkan kebajikan untuk agama dan masyarakat,” katanya.

BN berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka yang stabil selepas menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI