fbpx

Tujuh peniaga gagal pakai pelitup muka dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKNK bersama MPKB-BRI menjalankan operasi bersepadu di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam. - FOTO: IHSAN JKNK

KOTA BHARU – Tujuh peniaga di dua lokasi tumpuan pelancong di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu Pasar Besar Siti Khadijah dan medan selera Bazar Buluh Kubu di sini dikompaun selepas didapati gagal memakai pelitup muka dengan sempurna.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua peniaga itu masing-masing dikompaun RM1,500 dalam operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 Fasa 3 semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, JKNK bersama petugas Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam telah menjalani pemeriksaan dan pemantauan di 85 buah premis.

“Kita dapati tujuh peniaga gagal memakai pelitup muka dengan sempurna sekali gus telah melanggar Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, PPN Fasa 3 2021.

“Dalam operasi sama, petugas JKNK turut mengeluarkan satu kompaun sebanyak RM250 terhadap seorang lelaki selepas didapati merokok di dalam kawasan kedai makan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zaini, selain itu, JKNK telah memberikan maklumat dan pendidikan mengenai aspek kesihatan kepada 100 individu yang ditemui dalam operasi tersebut.

Tambahnya, JKNK akan menjalankan operasi akan dari masa ke semasa bagi memastikan peniaga dan orang awam mematuhi SOP yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI