fbpx

Terima kasih rakyat Melaka – KP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (tengah) mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan rakyat Melaka sepanjang pelaksanaan PRN.

MELAKA – Polis menzahirkan rasa berbangga dan berterima kasih dengan rakyat Melaka terutamanya pengundi yang menunjukkan sikap mementingkan keselamatan umum pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan (PRN), hanya 37 kertas siasatan dibuka dan kompaun dikeluarkan adalah ke atas penganjur jentera parti politik.

“Sepanjang PRN, kita dapati tiada sebarang insiden provokasi membabitkan politik dan rakyat negeri ini khususnya pengundi amat mementingkan keselamatan awam, mereka patuh pada prosedur operasi standard (SOP).

“Kompaun yang dikeluarkan pihak kami bernilai RM120,000 kesemuanya sebelum ini adalah ke atas penganjur parti atau ahli politik sahaja,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka membabitkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Selebihnya 18 kertas siasatan merupakan kesalahan membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI