KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada tujuh syarikat korporat berjumlah RM20.05 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Alam Shah, di sini hari ini.
LZS dalam kenyataan berkata, penyerahan zakat itu melibatkan UMW Holdings Berhad diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Ahmad Fuaad Mohd. Kenali sebanyak RM4.29 juta ; Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM3.93juta menerusi Pengerusinya Datuk Seri Hassan Ariffin.
Katanya, turut menyerahkan zakat perniagaan Gas Malaysia Berhad sebanyak RM3.5 juta oleh CEO Kumpulan, Ahmad Hashimi Abdul Manap.serta Pharmaniaga Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly bernilai RM3.5 juta.
“Seterusnya, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) berjumlah RM2.07juta diwakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar manakala Northport (Malaysia) Berhad sebanyak RM.195juta diwakili CEO, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof.
“LZS turut menerima zakat perniagaan dari Lembaga Juruukur Tanah Malaysia berjumlah RM1 juta diserahkan oleh CEO, Datuk Ismail Harun bagi tahun kewangan,” katanya.
LZS menegaskan kesemua bayaran zakat perniagaan adalah bagi tahun kewangan 2020 dan 2021. -K! ONLINE