fbpx

Suami guna ular untuk bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suraj Kumar and Uthra berkahwin pada tahun 2018, sebelum dibunuh pada tahun 2019. - CNN

NEW DELHI – Seorang wanita di India meninggal dunia selepas dipatuk ular, namun siasatan lanjut mendapati pembunuh sebenar ialah suami mangsa, lapor stesen penyiaran CNN.

Uthra, 25, dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Kollam, selatan India dan disahkan meninggal dunia setelah ibunya mendapati mangsa terbaring kaku di atas katil dan berlumuran dengan darah.

Bedah siasat pada 7 Mei tahun lalu mengesahkan bahawa mangsa dipatuk seekor ular tedung yang sangat berbisa beberapa jam sebelum dia meninggal dunia, demikian menurut dokumen mahkamah.

Kes patukan ular tedung kerap berlaku di negara itu dan selalunya berakhir dengan kematian. Namun, keluarga mangsa berasa curiga dan membuat laporan  polis.

Selepas perbicaraan kes itu berakhir, pembunuh Uthra didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas jenayah yang dianggat  ‘jahat dan mengerikan’ oleh hakim.

Hakim mendapati kematian Uthra disebabkan oleh bisa ular tedung, tetapi pembunuh sebenarnya adalah suami mangsa sendiri. Malah, siasatan mendapati  itu bukan kali pertama dia menggunakan ular sebagai senjata untuk membunuh isterinya.

Suraj Kumar dan Uthra berkenalan melalui perkhidmatan mencari jodoh dan berkahwin pada Mac 2018. 

Lelaki berumur 27 tahun yang bekerja sebagai kerani bank  itu berasal daripada keluarga miskin. Bapanya seorang pemandu beca berenjin  dan ibunya pula  suri rumah.

Menurut penghakiman, Kumar berkahwin dengan Uthra ‘dengan tujuan mendapat keuntungan kewangan’. Kumar menerima mas kahwin 720 gram emas, sebuah kereta sedan Suzuki dan wang tunai sebanyak  500,000 rupee (RM 28,128.33).

Beberapa bulan pertama, perkahwinan mereka ‘tidak lancar’ dan dalam tempoh setahun, mereka mempunyai seorang anak lelaki, demikian menurut mahkamah. Namun,  tidak lama kemudian ibu bapa Kumar menjadi tamak dan mahukan lebih banyak harta.

Kumar telah beberapa kali cuba membunuh isterinya dengan menggunakan ular sebelum ini, namun gagal.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI