fbpx

Bekas suami culas bagi nafkah bakal berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memaklumkan bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan akaun bank.

Menurutnya, tindakan itu dikenakan selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari lalu.

“Pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman.

“Selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

“Berikutan pindaan itu, perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, JKSM sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membantu ibu dan anak-anak yang dinafikan hak mereka.

Jelasnya, antara usaha atau mekanisme yang cuba diterokai sejak 2019 adalah melalui sekatan akaun bank ke atas bekas suami yang culas memberikan nafkah.

Dalam pada itu, JKSM berkata, perbincangan lebih lanjut berhubung cadangan tindakan itu turut di bawa pada kunjungan ke Jabatan Undang-Undang, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Mac 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI