fbpx

Sistem e-PG diperluas ke negeri-negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) akan diperluaskan secara menyeluruh melibatkan Mahkamah-Mahkamah Majistret di negeri-negeri.

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan, sebelum ini Sistem e-PG dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan bermula 1 April.

“Justeru, ia diperluaskan secara menyeluruh melibatkan Mahkamah Majistret Johor bermula pada 25 November, Mahkamah-Mahkamah Majistret di Melaka dan Pahang pada 2 Disember manakala, Mahkamah Majistret bagi Perak pula pada 9 Disember.

“Mahkamah-Mahkamah Majistret bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 16 Disember serta Mahkamah-Mahkamah Majistret di Terengganu dan Kelantan pada 23 Disember,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang kena saman (OKS) yang mempunyai kes didaftarkan di mahkamah-mahkamah tersebut boleh mengakses Sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.gov.my pada tarikh sebutan pertama kes.

OKS juga boleh menyemak senarai kausa kes dan semakan status pendaftaran kes saman trafik secara dalam talian melalui pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList dengan memasukkan lokasi mahkamah serta tarikh sebutan kes.

“Orang awam dan peguam yang berhasrat untuk memahami tatacara prosiding dan menggunakan Sistem e-PG dengan lebih lanjut boleh melayari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi emel [email protected] atau talian 03-27331313,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI