fbpx

Ramalan cuaca buruk di enam negeri sehingga 27 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula 21 hingga 27 November ini di enam negeri.

Menurut MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak, Perak menjadi negeri utama disebabkan pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di sekitar timur laut semenanjung ketika ini.

Ramalan cuaca signifikan pada 21 hingga 27 November depan

“Kawasan-kawasan berkenaan yang dijangka berpotensi mengalami cuaca hujan yang boleh mengakibatkan banjir.

“Cuaca buruk ini dijangka berlaku disebabkan luruan monsun,” katanya di sini tadi.

MetMalaysia turut menasihati orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan berwaspada dengan amaran cuaca buruk yang berkemungkinan bakal berlaku.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI