fbpx

Perak terus dominasi arena hoki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan Perak meraikan kejayaan merangkul trofi Piala Tun Abdul Razak buat kali ke-11 dalam sejarah pasukan itu. - MHC

KAPTEN Perak, Shazrul Imran Nazli berbangga dengan semangat juang ditunjukkan rakan sepasukannya terutama pemain-pemain muda selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak musim ini.

Perak tidak mendapat laluan mudah apabila terpaksa berhempas-pulas bangkit mencari gol kemenangan untuk menewaskan Pahang 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

“Mungkin ada salah faham dan kekeliruan antara pemain menyebabkan kami melepaskan gol awal kepada Pahang. Saya gembira kerana kami dapat bangkit dan meledak gol kemenangan pada suku ketiga permainan.

“Tahun ini majoriti pemain pelapis dalam pasukan. Saya terkejut kerana mereka beri impak yang sangat besar kepada pasukan seperti dilakukan dalam aksi final malam ini (semalam).

“Alhamdulillah kami berjaya kekalkan kejuaraan sekali lagi tahun ini,” katanya.

Dalam aksi final itu, Perak terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi jaringan padang Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin sebelum Ismail Abu meledak gol penyamaan buat Pahang pada minit ke-37.

Bagaimanapun, kemenangan kekal menjadi milik skuad bimbingan Abdul Sukur Adam itu selepas mendapat gol kedua melalui Saiful Sharil Saiful Bahri yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.

Kemenangan itu menyaksikan Perak terus menunjukkan dominasi dalam arena hoki tanah air apabila merangkul trofi Piala Abdul Razak buat kali ke-11. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI