fbpx

Penolong pegawai, anggota Rela dituduh buat tuntutan elaun RM59,520 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahrol Miza (tengah) antara empat anggota Rela yang dituduh membuat tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang penolong pegawai dan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan elaun rondaan berjumlah RM59,520, dua tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh iaitu Sahrol Miza Samad, 44; Siti Munirah Abdul Rahim, 35; Mohd. Khairul Anuar Maliki, 32; dan Idrus Zakaria, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Sahrol Miza semasa kejadian merupakan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP32, Siti Munirah Pembantu Pertahanan Awam KP22 manakala Mohd. Khairul Anuar dan Idrus pula Pembantu Pertahanan Awam KP19.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama memperdayakan Rela Kedah dengan menggunakan dokumen tuntutan elaun membabitkan jumlah pembayaran RM59,520 yang didakwa mengandungi butir palsu.

Tuntutan elaun tersebut didakwa untuk anggota Rela yang terlibat dalam rondaan keselamatan sempena bulan kemerdekaan 2019 bagi daerah Kulim, sedangkan penugasan itu tidak dilakukan seperti dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Rela Kedah, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini pada 10 September 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI