fbpx

Padah letak motosikal atas jambatan, 84 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengeluarkan saman terhadap penunggang yang meletakkan motosikal di atas Jambatan Kuala Repas di Bentong semalam.

BENTONG – Sikap penunggang motosikal yang mengambil mudah peraturan jalan raya termasuklah meletakkan kenderaan di atas jambatan untuk makan di sebuah restoran terkenal di daerah ini membawa padah apabila mereka dikenakan saman.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi yang dilakukan semalam sebanyak 84 buah motosikal yang diletakkan di atas Jambatan Kuala Repas di sini dikenakan tindakan saman.

“Dalam operasi yang dijalankan semalam sebanyak 101 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik yang melakukan pelbagai kesalahan di sekitar bandar Bentong dan Jambatan Kuala Repas yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu.

“Walaupun operasi dan penguatkuasaan sering dijalankan namun masih ada pemandu dan penunggang yang degil dengan melakukan kesalahan berulang,”katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Zaiham, penunggang dan pemandu kenderaan yang didapati melanggar peraturan itu dikeluarkan saman POL 257 dan POL 170A bagi pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis memandang serius isu pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Justeru katanya, operasi berterusan akan dilakukan pihak polis bagi memastikan pengguna jalan raya khususnya di Bentong mematuhi peraturan ditetapkan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI