fbpx

Morales sedia merobek gawang Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES (kiri) menjadi sandaran utama KL City untuk merobek gawang Melaka United dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

KAPTEN Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue yakin Romel Morales mampu meneruskan sentuhan penyudahnya menentang Melaka United pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Morales, 24, berada pada tahap terbaik apabila mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Malaysia dengan 10 gol daripada keseluruhan sembilan perlawanan kejohanan setakat ini.

Justeru, Josue, 32, percaya rakan sepasukannya yang berasal dari Colombia itu mampu memastikan The City Boys menang ke atas Melaka meskipun gagal melakukannya dalam dua pertemuan Liga Super musim ini.

“Kami menghormati Melaka berdasarkan prestasi semasa mereka. Kami dua kali gagal menewaskan Melaka tahun ini tetapi kami juga beraksi dengan baik terutama apabila beraksi di laman sendiri.

“Buat masa ini pemain terbaik kami ialah Romel (Morales) dan dia bukan sahaja menjaringkan banyak gol tetapi turut membantu pasukan daripada pelbagai segi. Saya akui dia amat penting buat kami.

“Saya akan sentiasa cuba membantu Romel di bahagian atas. Kami perlu memanfaatkan momentum hebatnya sekarang supaya kami dapat mencipta banyak peluang menjaringkan gol,” kata Josue ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berdasarkan dua pertemuan dalam saingan Liga Super musim ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu tewas 1-2 kepada Me­laka di Stadium Hang Jebat (20 Mac) sebelum seri 1-1 di Cheras pada 31 Julai lalu.

Sebagai rekod, KL City mara ke separuh akhir selepas menewaskan Selangor FC 3-0, manakala Melaka yang dibimbing Zainal Abidin Hassan pula menjinakkan Sabah FC dengan keputusan agregat 3-1 di peringkat suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI