fbpx

Melaka United hampiri final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR 22 November 2021 - Pemain Melaka United, Adriano Aparecido Narzico diasak pemain KL City pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara KL City menentang Melaka United, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

KUALA LUMPUR – MELAKA United terus cetus sensasi sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini apabila berjaya mengikat Kuala Lumpur City 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan kelebihan seakan lebih condong kepada Melaka United yang bakal bermain di depan penyokong sendiri di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Pada perlawanan ini, tuan rumah yang dihukum beraksi di stadium kosong sedikit bergelut untuk mengekang Melaka United, ketika pasukan lawan pamer aksi lebih agresif.

Melaka United berada di depan seawal minit ke-8 menerusi Adriano Narcizo yang menyudahkan sepakan percuma di sebelah kiri gol tuan rumah.

Minit ke-26, Zhafri Yahya kembali menyamakan kedudukan namun empat serangkai Melaka United, Sony Norde, Giovane Da Silva, Adriano dan Manuel Ott berterusan memberikan ancaman kepada pertahanan KL City.

Aksi yang berlangsung dalam cuaca hujan terus menyaksikan Melaka United kekal selesa mengawal permainan bagi memburu bekalan lebih selesa sebelum timbal balik, Jumaat ini.

Halangan utama KL City kali ini adalah kesukaran untuk menghampiri kotak penalti ketika pemain Melaka United cukup berdisiplin bertahan terutamanya selepas kehilangan bola di kawasan lawan.

Dalam tempoh 15 minit terakhir, KL City akhirnya mula menggandakan tekanan tetapi tiada sebarang tambahan jaringan mampu dihasilkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI