fbpx

Klopp akui bengang provokasi Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (tengah) dan Klopp dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas bertelingkah ekoran isu kekasaran yang dilakukan oleh Mane. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp bengang dengan tindakan pengendali Arsenal, Mikel Arteta kerana cuba mempengaruhi pengadil, Michael Oliver untuk melayangkan kad merah kepada Sadio Mane.

Arteta dikatakan cuba me­lakukan provokasi ke atas Oliver supaya mengarahkan Mane keluar padang selepas penyerang Liverpool itu didakwa sengaja menyiku pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu dalam babak pertama.

Situasi itu mencetuskan pertelingkahan di tepi padang antara Klopp dan Arteta sehingga menyebabkan kedua-duanya dilayangkan kad kuning.

“Sadio (Mane) tidak melakukan kesalahan tetapi semua di bangku simpanan Arsenal ‘melompat’ seolah-olah mahukan pengadil memberikan kad merah. Saya pergi ke sana dan bertanyakan apa yang mereka mahukan.

“Kami terpaksa mengeluarkan Sadio ketika menentang Atletico Madrid (dalam aksi Liga Juara-Juara) disebabkan situasi yang sama.

“Saya memuji tindakan pe­ngadil kerana menangani insiden ini dengan tenang. Saya layak menerima kad kuning kerana tidak dapat mengawal perasaan ketika itu,” kata Klopp.

Pergaduhan antara dua pengendali itu secara tidak langsung membangkitkan semangat para penyokong dan pemain Liverpool sekali gus menjadi titik kebangkitan The Reds menewaskan Arsenal 4-0 di Anfield awal pagi semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan Liverpool melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya dibezakan empat mata dengan pendahulu, Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI