fbpx

Kerajaan tekad perkasa TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zulkefly Sulaiman (kanan) bersama Syed Omar Sharifuddin (kiri) dan Mohd Zuki Ali (tengah) pada gimik perasmian Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2021 di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited selesaikan cabaran dalam mengetengahkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam sistem pendidikan negara.

Menurut Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, dengan peruntukkan sebangak RM6.6 bilion bagi bidang Teknikal dan Vokasional (TVET), hal ini menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh dalam mengubah pandangan masyarakat terhadap bidang teknikal.

“Bersama bajet yang diperuntukkan bagi (TVET) dalam Belanjawan 2022, harap ini akan mengubah persepsi masyarakat sekaligus membantu dalam menghasilkan tenaga kerja terlatih dan kompetetif,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, perkara ini selaras dengan keperluan industri ke arah merealisasikan hala tuju MyDigital, Dasar 4IR Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI