fbpx

Kadar kemasukan hospital meningkat – peringatan KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai bahawa, kadar kemasukan ke hospital melibatkan pesakit Covid-19 telah meningkat.

Beliau berkatanya, kebanyakan kes tersebut melibatkan warga emas atau golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.

“Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak. Dapatkan booster (dos penggalak) bila diberi janji temu,” katanya memberi peringatan menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Menerusi satu lagi ciapannya, beliau meminta sesiapa yang mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek untuk memberi keyakinan kepada mereka mendapatkan dos penggalak apabila sudah menerima janji temu.

“Jika ibu bapa atau datuk nenek anda menerima janji temu dos penggalak vaksin Covid-19, tolong yakinkan mereka untuk mendapatkannya.

“Suntikan dos penggalak ini selamat dan memastikan mereka mendapat perlindungan lebih baik daripada Covid-19 serta risiko ahli keluarga yang membawa pulang virus ini,” katanya.

Data di laman web CovidNow hari ini memaparkan, terdapat 68,790 kes aktif setakat semalam melibatkan 55,026 kes dikuarantin di rumah, 7,792 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,431 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 267 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI