fbpx

HPTN sasar tingkat produktiviti buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Zuki (duduk tengah) bergambar kenangan bersama rakan strategik pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2021 di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasar peningkatan produktiviti buruh dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal bagi tahun 2022.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sambutan (HPTN) 2021 adalah simbolik penghargaan kepada jasa warga teknikal atas sumbangan terhadap kemajuan infrastruktur dan landskap pembangunan.

“Mengambil kira pentingnya Profesion Teknikal kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan dan Kemakmuran Keluarga Malaysia, adalah wajar Profesion Teknikal ini diiktiraf ke tahap yang lebih tinggi”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2021 di Menara Kerja Raya, di sini hari ini.

Tambahnya, cabaran ini memerlukan transformasi dari pelbagai aspek antaranya keperluan pemikiran ‘digital-first’ dan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam sektor awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI