fbpx

Harga murah punca minyak masak peket habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP negeri Perak melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak peket di sebuah premis perniagaan – Gambar hiasan

KERIAN – Aduan tentang kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi turut berlaku di negeri Perak ketika ini disebabkan permintaan yang terlalu tinggi di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, berdasarkan maklumat awal ia kerana minyak masak peket turut dibeli oleh pengguna bukan isi rumah.

Katanya, pemeriksaan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengesahkan perkara itu berlaku antaranya kerana harga minyak botol lebih tinggi berbanding minyak peket.

“Walaupun kerajaan menyasarkan isi rumah sahaja menggunakan minyak peket, tapi kita sedia maklum ramai golongan yang menggunakan minyak masa tersebut antaranya peniaga-peniaga makanan, kedai makan, restoran dan pasar malam.

“Justeru, pembelian yang tinggi menyebabkan bekalan minyak masak peket berkurangan,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan dron sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau dekat sini.

Jelas Abdul Yunus, pihak KPDNHEP negeri Perak sedang membuat pemantauan dan pemeriksaan pada semua peringkat termasuk rantaian bekalan merangkumi pemborong serta peruncit untuk melihat masalah yang berlaku sekali gus menyelesaikan isu tersebut.

Menyentuh tentang bekalan katanya, memang ada kuota untuk pembekalan minyak masak peket ke negeri tertentu termasuk Perak berdasarkan jumlah yang ditetapkan.

“Dalam soal harga, minyak masak botol juga telah dikawal harganya jadi tidak boleh dijual sesuka hati, manakala minyak masak peket pula mengikut harga subsidi.

“Begitu juga pada masa ini kita tidak ada menerima aduan tentang bekalan minyak masak disorok atau minyak masak peket dijual lebih tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang aduan kenaikan harga telur, kata Abdul Yunus beliau sedang mendapatkan laporan secara rasmi daripada KPDNHEP negeri Perak dan akan mengeluarkan maklumat mengenainya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI