fbpx

Gerrard lulus ujian pertama di Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD berjaya membantu Villa menamatkan episod kekalahan dalam lima perlawanan lalu apabila merakam kemenangan ke atas Brighton 2-0 kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard melalui tugas pertama bersama pasukan baharunya itu dengan cemerlang apabila meraih kemenangan ketika menewaskan Brighton 2-0 di Villa Park kelmarin.

Gerrard tidak pernah merasai kekalahan berdepan Brigh­ton sepanjang 13 kali menentang pasu­kan itu ketika masih bergelar pemain Liverpool dan kali ini beliau meneruskan ren­tak tersebut, namun dengan tugasnya sebagai pengurus.

Dua gol dalam enam minit terakhir permainan menerusi Ollie Watkins dan Tyrone Ming menyaksikan Gerrard berjaya melepasi ujian pertamanya bersama Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Gerrard juga menjadi pe­ngurus kedua yang mempunyai kaitan dengan Liverpool selepas Gerard Houllier melakukannya pada September 2010 yang berjaya membantu Villa mencatat kemenangan dalam tugasan pertama.

Kemenangan itu juga cukup penting buat Villa ketika mereka berjaya menamatkan rekod kekalahan dalam lima perlawanan terdahulu selain beraksi tanpa bolos buat kali pertama sejak 25 September lalu.

“Ini adalah minggu yang cukup penting dan perlawanan besar buat kami. Ia adalah perasaan yang bercampur baur, kami gembira dan dalam masa yang sama cukup lega.

“Ia mengembalikan memori dan saya gembira melihat para pemain bersaing dan menikmati setiap momen mereka di padang.

“Saya cuba mengawal emosi, tetapi saya seperti mahu masuk ke padang dan menendang bola. Dalam diri saya sentiasa ada perasaan untuk menang, keinginan dan kekuatan. Saya bencikan kekalahan.

“Kami akan mengambil sesuatu daripada perlawanan ini untuk menjadikan kami lebih kuat, meningkat dan menjadi sebuah pasukan yang baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI