fbpx

Eain Yow teruja beraksi di Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EAIN YOW (kanan) bersemangat untuk turun menghadapi saingan Terbuka Malaysia di Bukit Jalil esok.

PEMAIN skuasy lelaki No. 1 negara, Ng Eain Yow tidak sabar untuk memberikan aksi terbaik apabila turun beraksi di ‘rumah’ sendiri menghadapi saingan Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil yang akan membuka tirainya secara rasmi esok.

Bekas juara remaja dunia 2016 itu enggan terlalu memberikan fokus kepada lawan bakal dihadapinya di pusingan kedua nanti sama ada rakan senegara, Ivan Yuen atau wakil Hong Kong, Lau Tsz Kwan selepas mendapat bye di pusingan pertama.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat pulang dan beraksi di negara sendiri kerana satu ketika saya tidak merasakan kejohanan ini (Terbuka Malaysia) dapat diadakan.

“Pujian harus diberikan kepada Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) kerana mendapat lampu hijau untuk menganjurkan kejohanan ini. Ia juga bermanfaat untuk pemain muda melihat saingan ini.

“Saya sudah bersedia untuk bangkit daripada kekalahan pada Canary Wharf Classic minggu lepas. Saya fokus untuk memberikan permainan terbaik untuk meletakkan diri saya dalam kedudukan tepat,” kata Eain Yow.

Pemain berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu tentunya akan menunjukkan prestasi terbaik di hadapan penonton-penonton sendiri selepas mendapat bimbingan Hadrian Stiff di Briston, England.

Latihan di sana bersama-sama pemain profesional handalan lain seperti ranking No. 2 dunia dari Mesir, Mohamed ElShorbagy dilihat antara faktor peningkatan prestasi Eain Yow yang menyaksikan dia kini melonjak ke ranking 18 dunia.

Sebagai rekod, Eain Yow yang pernah menjuarai saingan Terbuka Malaysia edisi 2019 diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan kali ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI