PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak dan Pahang diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 5 petang ini.
“Di Perak, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Badang Padang dan Mualim.
“Antara kawasan yang terjejas di Pahang pula ialah di Tanah Tinggi Cameron,” katanya di sini tadi. -K!ONLINE