fbpx

Big Apple Donuts & Coffee pikat selera dengan Oh Mango! donut berperisa mangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Donut berperisa mangga, tarikan terbaharu di Big Apple Donuts & Coffee.

JENAMA donut terkemuka Malaysia, Big Apple Donuts & Coffee sememangnya terkenal dengan keenakan rasa donut premium yang dihasilkan mengikut cita rasa tinggi selera penggemarnya.

Seperti yang diketahui ramai, kualiti luar biasa yang dihasilkan pada setiap variasi donut dibuat dengan formula pracampur unik dan adunan lebih daripada 20 bahan import berkualiti tinggi bagi menghasilkan donut dengan tekstur yang lembut serta gebu.

Selama 14 tahun sejak diperkenalkan pada 2007, Big Apple Donuts & Coffee terus berkembang, malah menjadi salah satu jenama paling cepat berkembang di Asia Tenggara.

Dengan servis dan pilihan beraneka pastri yang menggiurkan, maka tidak hairanlah jika donut yang dihasilkan Big Apple Donuts & Coffee terus menjadi buruan para penggemarnya.

Antara aneka seleksi donut Big Apple Donuts & Coffee yang menjadi buruan penggemarnya.

Sehingga kini, Big Apple Donuts & Coffee telah memiliki sebanyak 30 jenis donut dengan setiap satunya mempunyai rasa unik tersendiri yang menepati cita rasa dan selera para ‘pemburu’ donut.

Bersesuaian dengan visi dan misi untuk terus memberikan pengalaman unik kepada pelanggan, Big Apple Donuts & Coffee kini hadir dengan donut rasa unik berperisa mangga edisi terhad yang pastinya akan menjadi pilihan baharu buat penggemar donut.

Dikenali sebagai Oh Mango!, donut berperisa mangga yang paling dinanti-nantikan ini akan hadir dengan dua pilihan rasa mangga tropika iaitu Mangogo! dan My-Mango.

Rasa donut baharu ini diperkaya dengan gabungan buah mangga berserta krim mangga yang segar, seiring dengan matlamat Big Apple Donuts & Coffee untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, kreatif dan eksklusif.

Bagi penggemar donut, kehadiran donut berperisa mangga akan memberi kelainan tersendiri kepada mereka untuk menikmati rasa donut yang enak dan pada masa sama boleh berkongsi pengalaman unik itu bersama orang istimewa seperti keluarga dan juga rakan-rakan.

Pilihan baharu donut Oh Mango! dijangka mampu memikat deria rasa warga Malaysia.

Bahkan, para penggemar buah mangga juga boleh menjadikan Oh Mango! donut sebagai alternatif pilihan ‘2 in 1’  apabila dapat menikmati rasa buah mangga segar dan pada masa sama, menghayati kelembutan dan keenakan donat bermutu tinggi.

Selain mengutamakan kualiti dan mutu donut yang dihasilkan, Big Apple Donuts & Coffee turut berusaha untuk memahami dan memenuhi cita rasa selera pelanggan mereka.

Pengenalan rasa donut baharu berperisa mangga (Oh Mango!) dilihat sebagai salah satu langkah menunjukkan Big Apple Donuts & Coffee peka dengan selera pelanggan mereka yang mahukan kelainan pada produk yang ditawarkan.

Pengenalan perisa baharu dibuat secara berkala oleh Big Apple Donuts & Coffee bagi memberi kelainan sambil memenuhi selera pelanggan yang pelbagai serta sering berubah.

Meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan mereka dengan menghasilkan pastri berupa donut bermutu tinggi, Big Apple Donuts & Coffee mahu meninggalkan memori terbaik kepada pelanggan menerusi Oh Mango!

Mengetengahkan mesej “Every Piece is A Masterpiece”, Oh Mango! oleh Big Apple Donuts & Coffee tidak mahu rasa sensasi donut berperisa mangga itu hanya dinikmati sendirian, namun harus juga dirasai bersama mereka yang tersayang.

Bukan itu sahaja, Oh Mango! juga boleh dijadikan bingkisan istimewa untuk dijadikan buah tangan dan diberikan kepada keluarga dan juga rakan-rakan untuk dinikmati bersama.

Varian terbaharu daripada Big Apple Donuts & Coffee, iaitu Mangogo! dan My-Mango ini sesuai dinikmati seisi keluarga.

Setiap gigitan Oh Mango! pastinya akan membuai perasaan dengan kelembutan pastri donut dan ditambah dengan tekstur dalamnya yang berkrim dengan harga berpatutan.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk merasai kelazatan donut berperisa mangga, Oh Mango! edisi istimewa ini kerana tempoh tawarannya adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Big Apple Donuts & Coffee di www.bigappledonuts.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI