fbpx

Banjir kilat landa Taman Hilview

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba yang tiba di lokasi mendapati air semakin surut.

AMPANG – Banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan kediaman di Lorong Hilview 2E, Taman Hilview, dekat sini lewat petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 7.19 malam.

“Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan telah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pukul 7.30 malam didapati telah berlaku banjir kilat berkedalaman satu kaki yang semakin surut,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan juga harta benda.

“Kita dapati banjir kilat berlaku susulan hujan lebat dan berlaku limpahan air longkang berdekatan di lokasi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI