TINDAKAN penyanyi Jung-won yang mempertikaikan College Scholastic Ability Test (CSAT) iaitu ujian kemasukan kolej tertinggi di Korea Selatan mengundang kecaman ramai.
Ketika muncul dalam siaran langsung V Live beberapa hari lalu, penyanyi itu mempertikaikan sesiapa yang menghadiri acara bertemu peminat bersama kumpulannya, Enhypen tidak melakukan yang terbaik dalam ujian CSAT.
“Bukankah peminat yang menghadiri acara bertemu peminat sehari selepas ujian CSAT tidak melakukan ujian dengan baik?
“Ya, CSAT tak begitu penting,” katanya.
Kata-kata penyanyi itu nyata menggores hati ramai pihak, terutama peminatnya yang rata-rata berasa terkilan dengan tanggapan negatif sebegitu.
“Saya minta maaf kerana tidak memikirkan perasaan mereka yang mengambil ujian berkenaan. Saya sangat teruja mengadakan acara bertemu peminat sampaikan tak fikir tentang perasaan orang lain, terutama pelajar yang bersusah-payah belajar.
“Saya sedar, saya banyak kekurangan dan tidak matang. Saya minta maaf. Saya akan lebih berhati-hati dan berfikir sebelum berkata-kata pada masa depan,” sesalnya.