fbpx

Anis Nabilah ke persada global, kongsi kulinari Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIS NABILAH

BAKATNYA dalam bidang kulinari sudah dipupuk sejak kecil. Ketika kanak-kanak lagi dia sudah selesa di dapur dan suka memasak.

Mengakui tidak pernah mengejar populariti, cef selebriti, Anis Nabilah sebenarnya banyak mengumpul pengalaman dari bawah. Setiap pencapaian yang diraih hari ini adalah berkat dan usaha gigih sendiri.

Malah, Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin juga bertuah apabila kerjayanya kini turut diwakili syarikat pengurusan Universal Music Malaysia.

Menjadi selebriti yang bernaung bawah syarikat itu sejak 2019, memberikan satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitan sebagai cef selebriti.

Terbaharu, Anis mendapat Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan sejak 2019 hingga 2020.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan dia antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi bawah pengurusan Universal.

Anis berkata, dia seronok, teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia, sekali gus meningkatkan lagi jenama dirinya.

ANIS NABILAH mengakui kariernya sebagai cef selebriti semakin berkembang sejak menyertai syarikat Universal Music.

“Saya antara selebriti bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019.

“Diakui sejak bersama mereka, memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang kepada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.

“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.

Menurut Anis, sejak diwakili sebuah syarikat pengurusan, sedikit sebanyak memudahkan dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.

“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan kepada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.

“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok-belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.

Berkongsi lanjut kerjasama yang terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata, apa yang dicapai hari ini juga berkat saling percaya antara kedua pihak.

TERBAHARU, Anis mendapat Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan sejak 2019 hingga 2020.

“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel, kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia.

“Kebetulan saya duduk bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi kami terus bincang. Malah, dia faham apa saya nak.

“Walaupun hanya bersembang, tapi kami terus serasi. Dia ada kepercayaan pada saya. Tidak banyak perbincangan dibuat sebelum saya memberi kata putus untuk menyertai mereka. Sejak itu kami terus bincang apa yang saya mahu dan perancangan ke depannya.

“Kalau nak bercakap dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama teroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.

Anis turut menzahirkan kesyukuran apabila sepanjang pandemik Covid-19, dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.

“Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka. Saya orang Malaysia pertama yang berkolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.

“Insya-Allah, seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI