fbpx

4 notis jual ayam lebih RM9.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zikril (dua, kanan) mengiringi Mohd. Zawawi (tiga, kanan) pada majlis penyerahan sijil Anugerah Kedai Harga Patut oleh KPDNHEP kepada wakil Pusat Pakaian Hari-Hari, Ole-Ole, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak empat notis kesalahan telah dikeluarkan kepada para peniaga ayam yang didapati menjual ayam melebihi harga RM9.50 yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, ini hasil pemeriksaan dijalankan terhadap 210 premis seluruh negeri ini dalam tempoh 8 hingga 19 November lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati peniaga memaklumkan kenaikan itu disebabkan dari peringkat peladang dan penternak.

“Kita dapati harga ayam ditawarkan pada harga RM9.50 hingga RM10 dan sedang mendapatkan butiran terperinci kenapa berlaku kenaikan harga.

“Mereka yang diberikan notis itu terdiri pemborong dan tiga lagi adalah peniaga pasar dengan berikan tempoh bagi melengkapkan dokumen diperlukan sebelum tindakan dikenakan sekiranya
didapati bersalah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sijil Anugerah Kedai Harga Patut kepada Pusat Pakaian Hari-Hari, Ole-Ole, Seksyen 18 di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI